Guru Pendidik Generasi Cemerlang

Guru Pendidik Generasi Cemerlang

Pelajar-pelajar pendidikan khas

Tuesday, July 6, 2010

LAWATAN KEMBARA KOMUTER KE KUALA LUMPUR


Program Pendidikan Khas Integrasi Smk Ayer Keroh telah mengadakan Lawatan Kembara Komuter ke Kuala Lumpur pada 01 Julai 2010. Lawatan bermula dari pukul 7.45 pagi hingga 8.45 malam. Antara objektif utama lawatan ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengangkutan komuter, dan merasai pengalaman sendiri menaiki komuter. Selain itu, pelajar juga berpeluang ke Aquaria dan petrosains. Pelajar kelihatan amat seronok dengan lawatan ini. Para pelajar dibekalkan dengan soalan kuiz yang perlu dijawab, dan pelajar yang banyak menjawab dengan tepat akan mendapat hadiah.

Kami bertolak dari sekolah pada pukul 7.45 pagi iaitu dengan menaiki bas ke Stesen Komuter Seremban. Kami tiba di Seremban pada pukul 9.15 pagi, dan meneruskan perjalanan ke KL Sentral dengan menaiki komuter. Sepanjang perjalanan, terlihat kegembiraan di hati pelajar pendidikan khas. Kami tiba di KL Sentral pada pukul 11.00 pagi. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke KLCC dengan menaiki LRT. Kami tiba di KLCC lebih kurang pada pukul 12.15 tengahari. Lawatan kami di Aquaria dan Petrosains mengambil masa selama 5 jam. Pada pukul 5.30 petang, kami berangkat pulang dengan menaiki LRT dari KLCC ke KL Sentral, dan menaiki komuter dari KL Sentral ke Seremban. Kami tiba di sekolah pada pukul 8.45 malam.

Di bawah ini adalah gambar sepanjang lawatan kembara komuter ke Kuala Lumpur.


Lokasi laluan dari seremban ke Kl Sentral

Guru sedang memberi penerangan di dalam komuter

Setibanya di Stesen Komuter Seremban
Perjalanan ke Stesen Komuter Seremban

Sebelum bertolak ke Seremban


Dalam LRT

Di Aquaria

Penyerahan sijil penghargaan kepada pihak Aquaria Suria Klcc









SAMBUTAN HARI GURU PENDIDIKAN KHAS SMK AYER KEROH

Program Pendidikan Khas Smk Ayer keroh telah mengadakan Sambutan Hari Guru di bilik masakan Pendidikan Khas pada 16 Mei 2010. Majlis diadakan secara sederhana. Segala sambutan telah diatur oleh pelajar-pelajar pendidikan khas. Guru-guru berasa terharu dengan pelajar-pelajar yang telah bertungkus-lumus mengatur Majlis Sambutan Hari Guru. Antara menu yang telah disediakan ialah mee goreng, bihun goreng, kek coklat, nugget, wafer, buah epaldan pelbagai aneka makanan lagi. Di bawah adalah gambar-gambar kenangan bersama sempena Majlis Sambutan Hari Guru.














Tuesday, June 1, 2010

Bibit sejarah sepanjang 2009

Sudah setengah tahun@6 bulan kita meninggalkan tahun 2009. Namun memori sepanjang tahun 2009 tidak pernah luput dalam kamus memori warga PPKI SMK Ayer Keroh. Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun tersebut. Antaranyan adalah :

PERTANDINGAN BERCERITA




PERTANDINGAN PERSAHABATAN GALAH PANJANG ANTARA KELAS NORMAL DAN KELAS PENDIDIKAN KHAS DI DEWAN SEKOLAH





MEMBUAT KUIH APAM KUKUS SEMPENA HARI KOKURIKULUM SEKOLAH



MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2009





PERKELAHAN DI PANTAI PUTERI, MELAKA






segala kenangan menjadi memori terindah dalam diri warga PPKI SMK Ayer Keroh.....

Bakat seorang pelajar pendidikan khas

Tidak dinafikan bahawa setiap manusia di anugerahkan bakat dalam dirinya. Sama ada bakat yang ada itu ditunjukkan atau sebaliknya itu bergantung kepada diri masing. Apa yang ingin diperkatakan kali ini adalah mengenai seorang pelajar pendidikan khas yang begitu berbakat dalam seni lukis. Bakatnya itu dihargai oleh guru-guru dan semua hasil seninya di pamerkan di satu sudut di kelas pendidikan khas tersebut. Pelajar tersebut adalah Norman Poon Yeow Meng. hasil seni lukisnya boleh dilihat dalam paparan gambar-gambar di bawah :













norman bersama hasil kerja seninya..