Program Pendidikan Khas Integrasi Smk Ayer Keroh telah mengadakan Lawatan Kembara Komuter ke Kuala Lumpur pada 01 Julai 2010. Lawatan bermula dari pukul 7.45 pagi hingga 8.45 malam. Antara objektif utama lawatan ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengangkutan komuter, dan merasai pengalaman sendiri menaiki komuter. Selain itu, pelajar juga berpeluang ke Aquaria dan petrosains. Pelajar kelihatan amat seronok dengan lawatan ini. Para pelajar dibekalkan dengan soalan kuiz yang perlu dijawab, dan pelajar yang banyak menjawab dengan tepat akan mendapat hadiah.
Kami bertolak dari sekolah pada pukul 7.45 pagi iaitu dengan menaiki bas ke Stesen Komuter Seremban. Kami tiba di Seremban pada pukul 9.15 pagi, dan meneruskan perjalanan ke KL Sentral dengan menaiki komuter. Sepanjang perjalanan, terlihat kegembiraan di hati pelajar pendidikan khas. Kami tiba di KL Sentral pada pukul 11.00 pagi. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke KLCC dengan menaiki LRT. Kami tiba di KLCC lebih kurang pada pukul 12.15 tengahari. Lawatan kami di Aquaria dan Petrosains mengambil masa selama 5 jam. Pada pukul 5.30 petang, kami berangkat pulang dengan menaiki LRT dari KLCC ke KL Sentral, dan menaiki komuter dari KL Sentral ke Seremban. Kami tiba di sekolah pada pukul 8.45 malam.
Di bawah ini adalah gambar sepanjang lawatan kembara komuter ke Kuala Lumpur.
Lokasi laluan dari seremban ke Kl Sentral
Guru sedang memberi penerangan di dalam komuter
Setibanya di Stesen Komuter Seremban
Perjalanan ke Stesen Komuter Seremban
Sebelum bertolak ke Seremban
Dalam LRT
Di Aquaria
Penyerahan sijil penghargaan kepada pihak Aquaria Suria Klcc