Guru Pendidik Generasi Cemerlang

Guru Pendidik Generasi Cemerlang

Pelajar-pelajar pendidikan khas

Wednesday, May 25, 2011

Selamat Hari Guru ,cikgu. 16 Mei 2011

Mei 2011, hari menyambut hari guru...
Tahun ini hari guru disambut dengan pelbagai aktiviti sukaneka untuk guru-guru, dan persembahan kepada guru di dewan...



Waktu penyampaian hadiah kepada
semua guru SMK AYER KEROH


Guru dan pengetua sekolah bersama-sama menari di dewan...



Jamuan Malam sempena HARI GURU Di UMBAI MELAKA...



Cikgu Ilman dan Cikgu Sham...




















Cikgu Zaiton Dan Cikgu TEh memberikan cenderahati kepada semua guru yang hadir ke jamuan...


wow...sangat banyak makanan di atas meja ...

semua guru telah hadir ke jamuan malam, dan menunggu masa menjamu selera..

latihan kecemasan...
















Murid bersama-sama berkumpul di padang apabila mendengar bunyi loceng yang berbunyi tanpa berhenti.




Murid pendidikan khas Harrie yang memcuba memadamkan api dengan alat pemadam api, tetapi apabila mendekati api, Harrie mula rasa takut...










Murid pendidikan yang seorang lagi iaitu Arvin juga memcuba untuk memadamkan api... kelihatan ada gaya dalam memadam api...:)










Ahli bomba menunjukkan cara dalam memadamkan api.









Pada 28 April telah diadakan latihan kecemasan
semasa berlaku kebakaran... latihan ini diadakan dengan tujuan dapat memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tahu perkara yang perlu dibuat semasa kebakaran berlaku... latihan ini amat bagus, dan memberi banyak pengetahuan kepada murid dan guru...contoh cara menggunakan alat pemadam api... guru dan murid diberi peluang menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan api...

Saturday, May 14, 2011

MAJLIS TILAWAH 30-31 MAC 2011

Murid Perdidikan Khas comel dengan pemakaian yang cantik dan kemas.



Murid cina yang menyertai pertandingan Khat (Norman Phoon Yeow Meng)

Murid dan guru membantu dalam menjual air minuman pada hari Majlis Tilawah.

















murid yang menyertai pertanding bercerita
Kisah Nabi














murid menyertai pertandingan nyanyia lagu
pondok kecil dan intifadah

Friday, May 13, 2011

PROJEK KRAFTANGAN PENDIDIKAN KHAS





























Projek Kraftangan Pendidikan Kkhas di SMK Ayer Keroh telah diadakan pada 10 Mac 2011, melibatkan semua murid Pendidikan Khas. Dalam projek ini
terdapat 3 aktiviti yang dijalankan antaranya ialah
a) kraftangan hiasan tudung saji
b) membuat buku nota
c) kraftangan bengkel

Aktiviti dijalankan oleh murid berdasarkan tahap mereka, dan bertujuan untuk memberi kemahiran kraftangan kepada murid-murid dengan harapan mereka dapat memberi pendedahan kepada mereka dalam pekerjaan kraftangan disamping dapat mencungkil minat murid dalam bidang kraftangan.




Tuesday, July 6, 2010

LAWATAN KEMBARA KOMUTER KE KUALA LUMPUR


Program Pendidikan Khas Integrasi Smk Ayer Keroh telah mengadakan Lawatan Kembara Komuter ke Kuala Lumpur pada 01 Julai 2010. Lawatan bermula dari pukul 7.45 pagi hingga 8.45 malam. Antara objektif utama lawatan ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengangkutan komuter, dan merasai pengalaman sendiri menaiki komuter. Selain itu, pelajar juga berpeluang ke Aquaria dan petrosains. Pelajar kelihatan amat seronok dengan lawatan ini. Para pelajar dibekalkan dengan soalan kuiz yang perlu dijawab, dan pelajar yang banyak menjawab dengan tepat akan mendapat hadiah.

Kami bertolak dari sekolah pada pukul 7.45 pagi iaitu dengan menaiki bas ke Stesen Komuter Seremban. Kami tiba di Seremban pada pukul 9.15 pagi, dan meneruskan perjalanan ke KL Sentral dengan menaiki komuter. Sepanjang perjalanan, terlihat kegembiraan di hati pelajar pendidikan khas. Kami tiba di KL Sentral pada pukul 11.00 pagi. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke KLCC dengan menaiki LRT. Kami tiba di KLCC lebih kurang pada pukul 12.15 tengahari. Lawatan kami di Aquaria dan Petrosains mengambil masa selama 5 jam. Pada pukul 5.30 petang, kami berangkat pulang dengan menaiki LRT dari KLCC ke KL Sentral, dan menaiki komuter dari KL Sentral ke Seremban. Kami tiba di sekolah pada pukul 8.45 malam.

Di bawah ini adalah gambar sepanjang lawatan kembara komuter ke Kuala Lumpur.


Lokasi laluan dari seremban ke Kl Sentral

Guru sedang memberi penerangan di dalam komuter

Setibanya di Stesen Komuter Seremban
Perjalanan ke Stesen Komuter Seremban

Sebelum bertolak ke Seremban


Dalam LRT

Di Aquaria

Penyerahan sijil penghargaan kepada pihak Aquaria Suria Klcc









SAMBUTAN HARI GURU PENDIDIKAN KHAS SMK AYER KEROH

Program Pendidikan Khas Smk Ayer keroh telah mengadakan Sambutan Hari Guru di bilik masakan Pendidikan Khas pada 16 Mei 2010. Majlis diadakan secara sederhana. Segala sambutan telah diatur oleh pelajar-pelajar pendidikan khas. Guru-guru berasa terharu dengan pelajar-pelajar yang telah bertungkus-lumus mengatur Majlis Sambutan Hari Guru. Antara menu yang telah disediakan ialah mee goreng, bihun goreng, kek coklat, nugget, wafer, buah epaldan pelbagai aneka makanan lagi. Di bawah adalah gambar-gambar kenangan bersama sempena Majlis Sambutan Hari Guru.














Tuesday, June 1, 2010

Bibit sejarah sepanjang 2009

Sudah setengah tahun@6 bulan kita meninggalkan tahun 2009. Namun memori sepanjang tahun 2009 tidak pernah luput dalam kamus memori warga PPKI SMK Ayer Keroh. Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun tersebut. Antaranyan adalah :

PERTANDINGAN BERCERITA




PERTANDINGAN PERSAHABATAN GALAH PANJANG ANTARA KELAS NORMAL DAN KELAS PENDIDIKAN KHAS DI DEWAN SEKOLAH





MEMBUAT KUIH APAM KUKUS SEMPENA HARI KOKURIKULUM SEKOLAH



MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2009





PERKELAHAN DI PANTAI PUTERI, MELAKA






segala kenangan menjadi memori terindah dalam diri warga PPKI SMK Ayer Keroh.....