Guru Pendidik Generasi Cemerlang

Guru Pendidik Generasi Cemerlang

Pelajar-pelajar pendidikan khas

Monday, May 31, 2010

TAKWIM PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2010

AKTIVITI

Pendaftaran dan pembayaran yuran (Januari)

Mesyuarat guru Program Pendidikan Khas
Integrasi (Dari Kita Untuk Mereka)
-Januari
-Mei
-Ogos
-Oktober

Pertandingan peringkat kelas;
Pertandingan bercerita (Oktober)
Pertandingan mewarna (Mei)
Pertandingan permainan tradisional (Ogos)

SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK AYER KEROH



Ditubuhkan pada Julai 2005 dengan bilangan pelajar seramai 3 orang oleh Puan Zaiton Bt Yasin. Kewujudan Program Pendidikan Khas di SMKAK membolehkan pelajar-pelajar pendidikan khas dari kategori Bermasalah Pembelajaran mengikut P&P sejajar dengan keupayaan mereka. Program yang dikelolakan adalah berbentuk percantuman dan inklusif.
Kini bilangan pelajar telah bertambah seramai 24 orang dan guru seramai 4 orang dengan dibantu oleh 2 orang pembantu pengurusan murid (PPM). Seramai 4 orang pelajar telah di inklusifkan di aliran perdana untuk menduduki PMR dan SPM pada tahun ini.

PROGRAM PERCANTUMAN

Program ini merupakan program dimana pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ditempatkan di dalam kelas khas di sekolah harian biasa. Melalui program ini diharapkan pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran akan dapat bergaul dengan pelajar biasa dan tidak akan berasa terpinggir.

PROGRAM INKLUSIF

Melalui program ini pelajar-pelajar pendidikan khas bersama-sama dengan pelajar biasa dalam satu kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa yang sama dibantu oleh guru pendidikan khas.
Ini bertujuan untuk menggalakkan interaksi antara pelajar-pelajar khas dengan pelajar-pelajar biasa disamping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua pelajar tanpa mengira perbezaan individu.

Tuesday, May 25, 2010

SUDUT-SUDUT DI DALAM KELAS PENDIDIKAN KHAS

sudut jahitan yang mempamerkan hasil kerja pelajar pendidikan khas sendiri

sudut menonton

sudut maklumat


sudut bacaan dan pelbagai alatan bantu mengajar

pandangan hadapan meja guru


ruang rehat dan rehat ruang tamu di hadapan pintu masuk


sudut tetamu di dalam bilik penyelaras


pandangan hadapan pintu masuk dapur, bilik guru dan laluan ke tandas



meja guru



tandas

ruang memasak @dapur

sudut pameran hasil kerja pelajar

Falsafah Pendidikan Khas

"Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan biasa yang meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat"

Falsafah Pendidikan Negara