Guru Pendidik Generasi Cemerlang

Guru Pendidik Generasi Cemerlang

Pelajar-pelajar pendidikan khas

Monday, May 31, 2010

SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK AYER KEROH



Ditubuhkan pada Julai 2005 dengan bilangan pelajar seramai 3 orang oleh Puan Zaiton Bt Yasin. Kewujudan Program Pendidikan Khas di SMKAK membolehkan pelajar-pelajar pendidikan khas dari kategori Bermasalah Pembelajaran mengikut P&P sejajar dengan keupayaan mereka. Program yang dikelolakan adalah berbentuk percantuman dan inklusif.
Kini bilangan pelajar telah bertambah seramai 24 orang dan guru seramai 4 orang dengan dibantu oleh 2 orang pembantu pengurusan murid (PPM). Seramai 4 orang pelajar telah di inklusifkan di aliran perdana untuk menduduki PMR dan SPM pada tahun ini.

PROGRAM PERCANTUMAN

Program ini merupakan program dimana pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ditempatkan di dalam kelas khas di sekolah harian biasa. Melalui program ini diharapkan pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran akan dapat bergaul dengan pelajar biasa dan tidak akan berasa terpinggir.

PROGRAM INKLUSIF

Melalui program ini pelajar-pelajar pendidikan khas bersama-sama dengan pelajar biasa dalam satu kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa yang sama dibantu oleh guru pendidikan khas.
Ini bertujuan untuk menggalakkan interaksi antara pelajar-pelajar khas dengan pelajar-pelajar biasa disamping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua pelajar tanpa mengira perbezaan individu.

No comments:

Post a Comment